FAM Lawan Balik FIFA: Dakwaan Dokumen Palsu “Tidak Berasas”

Foto – FAM

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan akan memfailkan rayuan rasmi kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas menerima dokumen penghakiman penuh berhubung isu kelayakan tujuh pemain kebangsaan.

FAM berkata, semua dokumen dan bukti sokongan telah lengkap, dan pihaknya bersedia mengemukakan rayuan melalui saluran undang-undang yang ditetapkan oleh FIFA.

“Semua dokumen serta bukti sokongan telah lengkap sepenuhnya dan sedia dikemukakan kepada FIFA,” menurut kenyataan itu.

FAM memandang serius beberapa kesimpulan dalam keputusan FIFA, terutamanya dakwaan pemain memperoleh dokumen palsu atau sengaja mengelak peraturan kelayakan.

“Tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan ini telah dikemukakan oleh FIFA,” tegas FAM.

Badan induk bola sepak itu menegaskan bahawa semua urusan pendaftaran dan pengesahan dijalankan mengikut prosedur sah, manakala pemain hanya bergantung kepada proses rasmi FAM.

FAM menolak penggambaran FIFA sebagai tidak tepat dan tidak adil, serta menegaskan akan mempertahankan maruah bola sepak negara melalui proses rayuan.

Dalam masa sama, FAM menjelaskan bahawa kes tersebut turut melibatkan prosedur rasmi kerajaan mengenai pengesahan pasport, yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Pasport 1966. Oleh itu, maklumat berkaitan hanya akan dikongsi dengan FIFA bagi tujuan siasatan kes. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share