Pendidikan Percuma Dan Biasiswa Untuk Pelajar Layak Jika Memerintah

KUALA LUMPUR, 13 Okt 25 — Pendidikan percuma peringkat pra-siswazah, dan biasiswa  bagi pengajian ijazah kelas pertama adalah antara janji Perikatan Nasional (PN) sekiranya berjaya menjadi kerajaan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, selain itu, pembangkang itu juga akan menyediakan tabung untuk universiti kajian.

“PN akan menawarkan pendidikan percuma di peringkat pra-siswazah kepada semua golongan rentan dan yang memerlukan, terutamanya penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

“PN juga akan memastikan mana-mana pelajar yang layak mengikut merit akan diberikan biasiswa bagi menyempurnakan pengajian ijazah pertama dalam bidang strategik,” kata Hamzah, ketika perbahasan di Dewan Rakyat, semalam.

“Pada masa yang sama, autonomi kepada institut pengajian tinggi awam akan diperluaskan melalui Tabung Endowment khususnya membabitkan ‘research university’.” @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share