Wan Saiful Dan 4 KB Dipecat, Wan Fayhsal Digantung

KUALA LUMPUR, 14 Okt 25 – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan tindakan tegas terhadap dua tokoh reformisnya apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, dipecat daripada parti, manakala Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, digantung keahliannya selama satu penggal.

Memetik laporan malaysiakini, keputusan itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Lembaga Disiplin Bersatu, yang memaklumkan bahawa tindakan diambil selepas menerima aduan bertulis berhubung pelanggaran Fasal 9.1.4 Perlembagaan Parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan.

Bagaimanapun, lembaga berkenaan tidak memberikan sebarang butiran tentang bentuk aduan, hasil siasatan atau kesalahan khusus yang didakwa dilakukan kedua-dua pemimpin muda itu.

Selain Wan Saiful dan Wan Fayhsal, empat lagi ahli Bersatu turut dipecat — termasuk Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).

Lembaga Disiplin memaklumkan bahawa sesi pendengaran telah diadakan pada 8 Oktober lalu, dan keputusan dibuat secara bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak. Semua yang dikenakan tindakan diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan jika tidak berpuas hati. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share