
KUALA LUMPUR, 16 Okt 25 — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas hari ini di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah untuk memuktamadkan tarikh Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).
Mesyuarat dijadual bermula pada pukul 10 pagi dan diikuti sidang media pada 11 pagi, di mana SPR dijangka mengumumkan tiga tarikh penting: hari penamaan calon, hari undi awal, dan hari mengundi biasa serta tempoh rasmi kempen PRN17.
Pada 6 Oktober lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada PRN17.
Dalam konteks Sabah, yang sering dilihat sebagai negeri “penentu,” pengumuman hari ini bakal menandakan bila kempen rasmi bermula dan bagaimana peta politik tempatan akan digerakkan.
Parti politik termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan, PKR dan lain-lain dijangka sudah bersiap siaga di belakang tabir, memerhati setiap petunjuk dari SPR sebelum melancarkan kempen mereka secara rasmi. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.