
Kuala Lumpur, 22 Okt 25— Malaysia Aviation Group (MAG) sedang menyiasat insiden kehilangan tekanan kabin secara tiba-tiba yang berlaku dalam penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Bintulu pagi tadi.
Menurut laporan BFM, kejadian berlaku kira-kira dua jam selepas pesawat berlepas apabila penumpang terdengar bunyi pelik sebelum topeng oksigen diturunkan secara automatik.
Pesawat MH2742 kemudian melakukan penurunan terkawal dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu pada jam 10.31 pagi. Tiada kecederaan dilaporkan.
Dalam kenyataannya, MAG memohon maaf kepada semua penumpang dan menegaskan keselamatan mereka kekal menjadi keutamaan syarikat sementara siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.