Sarawak Dominasi Pelaburan Huluan PETRONAS Sepanjang Tujuh Tahun Terakhir

KUALA LUMPUR, 24 Okt 25 — Sarawak muncul sebagai penerima utama pelaburan huluan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini, menjadikan negeri itu pusat tumpuan utama industri minyak dan gas negara.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, nilai kontrak bagi aktiviti huluan yang dilaksanakan di Sarawak sejak 2014 dianggarkan melebihi RM90 bilion, dengan lebih RM40 bilion daripadanya diperoleh oleh syarikat vendor berdaftar tempatan.

Beliau jawapan bertulis di parlimen berkata, sejak penglibatan PETRONAS di negeri itu bermula pada tahun 1976, jumlah keseluruhan pelaburan dan pembangunan infrastruktur tenaga serta petroleum telah mencecah lebih RM280 bilion.

Selain pelaburan fizikal, Sarawak turut menerima manfaat kewangan yang besar hasil industri minyak dan gas. Setakat Disember 2024, negeri itu menikmati bayaran tunai berjumlah RM49 bilion, cukai jualan RM18.66 bilion, serta dividen RM28.6 bilion menerusi pegangan dalam Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG).

PETRONAS turut menyalurkan lebih RM600 juta untuk program pembangunan pendidikan dan modal insan, termasuk biasiswa kepada pelajar serta peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat tempatan.

Azalina menjelaskan bahawa trend pelaburan ini menunjukkan keyakinan PETRONAS terhadap potensi Sarawak sebagai hab utama tenaga negara, selain menggambarkan kejayaan model kerjasama antara kerajaan negeri dan syarikat minyak nasional itu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share