
KUALA LUMPUR, 28 OKT 25 – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah digugurkan daripada jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, berkuatkuasa hari ini.
Jawatan itu kini disandang oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan, malam tadi selepas mesyuarat majlis tertinggi PN.
Saifuddin sebelum ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin berehat dan meletakkan jawatan Presiden Bersatu kerana hilang kualiti kepimpinan.
Beliau turut menggesa Azmin berundur sebagai setiausaha agung Bersatu dan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz digantikan kerana isu kredibiliti dan gagal melaksanakan tugas masing-masing. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.