Kabinet Wajar Pikul Tanggungjawab Perjanjian Malaysia-AS Berat Sebelah, Kata Pejuang

KUALA LUMPUR, 31 OKT 25 — Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid, menegaskan seluruh anggota Kabinet kerajaan wajar memikul tanggungjawab kerana meluluskan perjanjian perdagangan Malaysia-AS berat sebelah.

Rafique menyifatkan tindakan kerajaan meluluskan perjanjian itu sebagai tanda kelemahan kepimpinan.

Katanya, jika Kabinet telah bersetuju secara dasar, maka seluruh anggota Kabinet wajar memikul tanggungjawab bersama dan meletakkan jawatan secara berjemaah.

“Ini bukan soal politik, tetapi soal maruah dan kedaulatan negara,” tegas beliau.

Menurut Rafique, penjajahan pada masa kini tidak lagi berlaku melalui penguasaan fizikal, tetapi melalui ekonomi dan dasar.

Peguam itu memberi amaran Malaysia berisiko menjadi negara yang bergantung sepenuhnya kepada kuasa luar jika perjanjian seperti ini diteruskan tanpa pengawasan ketat.

“Hari ini mereka tidak datang dengan senjata, tetapi dengan klausa dan tandatangan,” katanya.

Lebih membimbangkan, katanya, perjanjian itu turut melibatkan sektor strategik seperti nadir bumi, mineral dan sumber asli yang secara Perlembagaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Justeru perkara itu katanya menimbulkan persoalan sama ada kerajaan Persekutuan telah merujuk Raja-Raja Melayu dan kerajaan negeri sebelum menandatangani perjanjian tersebut.

Beliau turut mempersoalkan kemampuan kerajaan untuk mempertahankan kebebasan ekonomi negara sekiranya Amerika menetapkan syarat ketat terhadap perdagangan Malaysia dengan negara lain seperti China, Rusia atau Iran.

“Adakah kita masih mampu berkata tidak? Atau akan tunduk dan bertanya berapa tinggi mahu lompat apabila Uncle Sam bersuara?” kata Rafique. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share