Belanjawan 2026 Lulus Peringkat Dasar

KUALA LUMPUR, 5 NOV 25 — Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada peringkat dasar selepas dibahaskan bermula dari 13 Okt lepas.

RUU yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Okt itu diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 120 anggota Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju dan 35 tidak hadir.

Menurut takwim Parlimen, perbahasan RUU itu bagi peringkat jawatankuasa akan bermula esok hingga 27 Nov ini.

Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah kerajaan dan yang pertama di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Belanjawan bertemakan “Belanjawan Rakyat” itu memperuntukkan RM470 bilion perbelanjaan awam  merangkumi RM338.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion pembangunan, selain pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (RM30 bilion), awam swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion). @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share