Syahir: Tindakan Bersepadu Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir Bachok

KUALA LUMPUR, 25 NOV 25 – Bachok muncul sebagai daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir, dengan lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka setakat pagi ini berikutan peningkatan paras air dan jumlah penduduk yang terpaksa berpindah.

Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, memaklumkan bahawa jumlah mangsa dijangka terus meningkat dan beberapa PPS tambahan bersiap sedia untuk diaktifkan sekiranya keadaan bertambah buruk.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dalam operasi menyelamat dan pemindahan, termasuk Pejabat Ketua Jajahan, PDRM, ATM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, JKM, JPAM, RELA serta para penggawa yang bertugas tanpa henti mengurus operasi di lapangan.

Di peringkat komuniti, Syahir berkata ADUN, penghulu, KHIDMAT Malaysia (Parlimen Bachok), pasukan PKD serta sukarelawan berada di barisan hadapan bagi menghulurkan bantuan segera kepada keluarga yang terjejas.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Kelantan dan YB Exco Kebajikan yang turun padang melawat mangsa di PPS SK Pauh Sembilan, sekali gus memberi semangat dan meringankan beban penduduk yang ditempatkan di pusat berkenaan.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan semua penduduk terutama calon-calon SPM agar sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan cuaca serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Semoga Allah melindungi kita semua,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

MP Kecam KPM Sekat Sekolah Bina Kemudahan Guna Dana Sendiri

Menurut Kee Chin, kedua-dua sekolah tersebut telah berjaya mengumpul dana mencukupi melalui majlis makan malam amal untuk membina sebuah dewan auditorium dan bumbung gelanggang bola keranjang masing-masing, namun permohonan mereka akhirnya ditolak oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan jabatan pendidikan daerah.
Read More
Total
0
Share