Ada Pihak Tertentu Tekan Muhyiddin Tarik Semula Peletakan Jawatan Pengerusi PN – MPT BERSATU

KUALA LUMPUR | 24 Jan 26 – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Yb Dato’ Zainol Fadzi Paharudin, mendakwa terdapat usaha pihak tertentu yang menekan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menarik balik perletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN.

Menurut Zainol, usaha itu termasuk memainkan pelbagai naratif dan propaganda bahawa Muhyiddin akan kembali menjadi Pengerusi PN kerana PAS didakwa gagal meletakkan calon. Propaganda ini, didakwa bertujuan untuk melindungi kedudukan mereka jika Muhyiddin bukan lagi mengetuai PN.

“Memang ada pihak yang cuba berusaha mendesak beliau menarik balik perletakan tersebut dan mainkan pelbagai naratif termasuk propaganda ini kerana melihat ianya menjadi ancaman kepada kedudukan mereka jika TSMY bukan lagi Pengerusi PN,” kata Zainol ketika dihubungi politiko.

Beliau mengingatkan bahawa sebarang keputusan muktamad berhubung kepimpinan PN adalah hak Jawatankuasa (JK) PN Pusat, selaras dengan peraturan mesyuarat dan perlembagaan parti.

“Keputusan mesyuarat JK PN Pusat ini bakal merubah lanskap politik PN dan wajar dihormati serta didokong semua pihak dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16,” tambah beliau.

Zainol turut memaklumkan bahawa PAS telah menyatakan kesediaan untuk mengambil alih kepimpinan PN dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada Muhyiddin melalui beberapa pertemuan pemimpin parti.

Terdahulu, Presiden dan Naib Presiden PAS turut menolak spekulasi mengenai jawatan Pengerusi PN yang diakitkan dengan Muhyiddin. Datuk Idris Ahmad, menegaskan laporan media yang berlegar ketika ini tidak berasas dan dibina berlandaskan sumber propaganda yang disengajakan untuk membentuk persepsi tertentu.

Sebelum ini, terdapat juga spekulasi dikalangan ahli politik yang mendakwa BERSATU akan memecat Timbalan Presdien, Datuk Seri Hamzah Zainudin, namun ia tidak terjadi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share