Kabinet Setuju Pinda Peraturan, Hanya Perlu Lulus BM & Sejarah Untuk Sekolah Persendirian – Loke

KUALA LUMPUR | 25 Jan 26 – Kabinet bersetuju bahawa pelajar sekolah bukan kerajaan hanya perlu menduduki dan lulus dua mata pelajaran penting, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah, dalam SPM bagi layak memohon kemasukan ke universiti awam.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan bahawa keputusan mesyuarat kabinet itu memberi laluan alternatif kepada pelajar yang menduduki SPM bukan secara penuh, termasuk pelajar sekolah persendirian Cina, sekolah antarabangsa, sekolah tahfiz dan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Ini adalah keputusan mesyuarat kabinet. Mereka yang lulus Bahasa Melayu dan Sejarah layak memohon ke universiti awam. Ia tidak menghapuskan SPM sepenuhnya, tetapi memberi laluan kepada pelajar sekolah bukan kerajaan,” kata Loke seperti dilaporkan malaysiakini.

Beliau menambah bahawa peraturan sedia ada masih menghendaki pelajar menduduki sekurang-kurangnya enam mata pelajaran untuk layak ke universiti awam, namun pindaan ini memperkenalkan fleksibiliti khusus bagi memastikan pelajar bukan kerajaan mendapat peluang yang setara.

Loke berkata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akan mengadakan pertemuan dengan Dong Zong pada Isnin untuk perbincangan lanjut, dan selepas itu akan mengeluarkan satu kenyataan bersama. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share