Hadi Tolak Dakwaan Muhyiddin – PAS Tak Pernah Setuju Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

KUALA LUMPUR | 28 Jan 26 – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah dimansuhkan susulan cadangan penstrukturan semula gabungan itu, sambil menegaskan bahawa naratif tersebut tidak pernah dibincangkan apatah lagi dipersetujui oleh PAS, termasuk dalam mesyuarat pada 16 Januari lalu.

Penafian ini muncul apabila media melaporkan dakwaan Muhyiddin bahawa Bersatu dan PAS telah mencapai persetujuan untuk memansuhkan jawatan pengerusi PN sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan semula gabungan pembangkang itu.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu surat hari ini berkata, PAS ingin menegaskan bahawa kenyataan yang menyebut:

“Dengan penstrukturan semula PN, jawatan Pengerusi Perikatan Nasional dimansuhkan dan pelantikan Pengerusi PN tidak lagi berbangkit” – tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui oleh PAS, termasuk dalam mesyuarat yang telah berlangsung pada 16 Januari 2026.

Sebaliknya, pendirian PAS adalah jelas dan konsisten bahawa jawatan Pengerusi Perikatan Nasional hendaklah dikekalkan, tidak dimansuhkan, dan terus diurus tadbir sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3(i) Perlembagaan Perikatan Nasional.

Menurutnya, persetujuan tersebut dicapai dalam satu pertemuan antara beliau dan pimpinan PAS pada 16 Januari lalu.

Baru-baru ini, Muhyiddin turut mendakwa bahawa, hasil penstrukturan itu menyaksikan Bersatu akan menerajui Majlis Presiden PN, manakala PAS akan mengetuai jawatankuasa eksekutif.

Menurutnya, persetujuan tersebut dicapai dalam satu pertemuan antara beliau dan pimpinan PAS pada 16 Januari lalu.

Dengan kenyataan Presiden PAS ini, maka jelas bahawa satu naratif pembohongan sedang dijaja untuk tujuan tertentu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share