Hanya Perlu Letak Jawatan Secara Sukarela, Tak Perlu PAK – Kata Wan Saiful

KUALA LUMPUR | 1 Feb 26 – Penegasan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu menunggu Perhimpunan Agung Khas (PAK) untuk melepaskan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kembali menjadi perbualan hangat selepas kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Wan Saiful berkata, Perlembagaan Bersatu jelas memberi kuasa kepada Presiden untuk berhenti secara sukarela, tanpa perlu melalui proses pemecatan atau perhimpunan khas.

“Penjilat-penjilat Muhyiddin amat suka mengatakan bahawa jika sesiapa mahu Muhyiddin meletak jawatan Presiden BERSATU, maka sila panggil Perhimpunan Agung Khas (PAK) untuk memecat Muhyiddin. Ujarnya.

Beliau menegaskan, jika Muhyiddin benar-benar menyayangi parti, langkah paling harmoni adalah meletak jawatan sukarela dan menyerahkan tanggungjawab penyatuan kepada pemangku Presiden.

“Jika Presiden berhenti sukarela, tiada lagi perpecahan dalam Bersatu. Ini adalah cara berperlembagaan dan paling harmoni untuk mengelakkan pertelingkahan dalaman,” kata Wan Saiful.

Beliau juga mengkritik pihak yang mendesak diadakan PAK, menyifatkan tindakan itu sebagai cerminan sikap gila kuasa, yang berisiko memecahbelahkan parti.

“Jika mahu memaksa diadakan PAK, maka menjadi terang lagi bersuluh bahawa Muhyiddin ini gila kuasa sehingga sanggup memaksa parti berpecah melalui PAK. Katanya tegas.

Dalam kenyataannya, Wan Saiful turut meningatkan bahawa Muhyiddin sendiri pernah mendesak Tun Abdullah Badawi meletak jawatan tanpa melalui PAK yang dianggap menjadi contoh teladan bagi pendekatan harmoni dalam kepimpinan parti.

Kenyataan ini muncul ketika tekanan terhadap Muhyiddin untuk melepaskan jawatan Presiden Bersatu terus meningkat, susulan kritikan prestasi parti dalam pilihan raya negeri dan isu ketegangan dalam Perikatan Nasional.

“Jangan ada sesiapa yang cuba mengubah tiang gol dengan mengatakan PAK diperlukan. Jika sayang parti, letak jawatan sukarela lebih baik,” tegas Wan Saiful lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share