Sesi Lembaga Rayuan Teliti Prosedur Lembaga Disiplin, Kata Saifuddin

KUALA LUMPUR | 10 Feb 26 — Isu pemecatan Datuk Seri Saifuddin Abdullah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini beralih daripada persoalan individu kepada penelitian terhadap prosedur Lembaga Disiplin (LD), apabila Lembaga Rayuan (LR) parti memberi tumpuan khusus kepada aspek proses yang digunakan dalam kes berkenaan.

“Dalam perjumpaan hari ini, LR memberi tumpuan khusus kepada aspek prosedur yang telah digunakan oleh LD terhadap saya. Katanya.

Saifuddin memaklumkan sesi perjumpaan bersama Lembaga Rayuan hari ini, yang dipengerusikan Tan Sri Azhar Harun bersama empat anggota lain, dengan perbincangan berlangsung selama kira-kira 85 minit.

“Dalam perjumpaan ini, saya diberikan ruang secukupnya untuk menerangkan perkara-perkara yang berlaku semasa sesi perjumpaan saya dengan Lembaga Disiplin (LD) pada 6 Disember 2025.

“Saya turut membentangkan hujahan berdasarkan surat setebal 12 halaman yang telah saya kemukakan kepada LR pada 16 Januari 2026. Katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa tidak pernah dipanggil semula untuk menghadiri sesi Lembaga Disiplin yang baharu sebelum dimaklumkan pada 6 Januari 2026 bahawa keputusan telah dibuat untuk memecatnya daripada parti.

“Saya tidak pernah dipanggil untuk menghadiri sesi perjumpaan LD yang baharu. Katanya.

Dalam sesi bersama Lembaga Rayuan itu juga, Saifuddin memaklumkan beliau telah membentangkan hujahan bertulis setebal 12 halaman yang dikemukakan pada 16 Januari lalu, selain menyerahkan sebuah warkah terbuka setebal 40 halaman bertajuk “Muhyiddin Hilang Arah, Wajar Berundur.”

Perkembangan itu dilihat menambah tekanan terhadap kepimpinan parti, khususnya apabila proses disiplin kini menjadi perhatian dalaman, bukan lagi sekadar tindakan terhadap individu tertentu.

Kes Saifuddin ini muncul dalam konteks krisis dalaman BERSATU yang semakin ketara, apabila beberapa tindakan disiplin terhadap pimpinan kanan parti sebelum ini turut mencetuskan persoalan mengenai ketelusan dan keadilan prosedur yang diguna pakai. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share