“Apa istimewa sangat Azam Baki kepada kamu?” – Wan Fayhsal Tanya PMX

KUALA LUMPUR | 12 Feb 26 – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, hari ini melontarkan kritikan keras terhadap Perdana Menteri, mempertikaikan tindakan kerajaan yang didakwa memberi perlakuan istimewa terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki.

Dalam kenyataan di facebook, beliau menegaskan, keluarga Tun Daim dikejar sehingga “tak cukup tanah” atas alasan tidak mengisytiharkan harta, namun Azam Baki, yang dikatakan turut gagal mengisytihar harta, boleh dikecualikan daripada sebarang tindakan.

Menurut Wan Fayhsal, tatakelola yang dilaungkan Anwar sebelum ini boleh hancur kerana Anwar mempertahankan Azam Baki.

“Patutnya Azam Baki disiasat dan dikenakan pertuduhan! Hancur tatakelola macam ini kalau kamu pertahankan Azam Baki! Ke kamu ada apa-apa dengan Azam Baki? ‘You jaga I, I jaga you’ macam itu ke??? Jawab dengan jujur!” tegas Wan Fayhsal.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa Anwar dilihat mempertahankan Azam Baki dalam kontroversi pemilikan saham.

Ditanya mengenai desakan supaya dia dipecat, Anwar menjawabnya dengan mempertahankan Azam.

“Orang yang buat kerja, nak pecat pasal apa?…Baca penjelasan dia.

Kenyataan beliau jelas menimbulkan persoalan ketelusan dan integriti pentadbiran, sambil menggesa Perdana Menteri untuk bertindak adil dan konsisten terhadap semua pihak tanpa pilih kasih.

Politikus muda itu menegaskan, kegagalan mengambil tindakan terhadap Azam Baki bukan sahaja mencederakan kredibiliti kerajaan, tetapi juga berpotensi merosakkan kepercayaan rakyat terhadap tatakelola negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share