GARAH Cabar Ambiga, Surendran Uji Isu Kuil Haram di Mahkamah

KUALA LUMPUR | 16 Feb 26 – Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) menegaskan bahawa sebarang pertikaian berhubung tindakan merobohkan struktur binaan di atas tanah persendirian wajar diselesaikan melalui saluran kehakiman, bukan melalui kenyataan umum yang mengelirukan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 15 Februari 2026 bertajuk “Ambiga, Surendran desak PM tarik balik arahan ‘bersihkan’ kuil haram”, yang memetik pandangan bahawa tindakan sendiri tidak dibenarkan walaupun melibatkan tanah persendirian.

Menurut Ketua (Sementara) GARAH, Haniff Khatri, sekiranya Datuk Ambiga Sreenevasan dan N. Surendran benar-benar yakin dengan hujah mereka, maka sewajarnya mereka mewakili pengurusan Kuil Rawang Perdana untuk mencabar keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sidek Bin Haji Muhamad & 461 Ors v The Government of the State of Perak & Ors [1982] 1 MLJ 313.

Beliau bagaimanapun berkata tindakan sedemikian berkemungkinan berdepan dua halangan utama: pertama, sama ada pihak yang didakwa sebagai penceroboh mempunyai locus standi untuk memfailkan saman atas pengakuan mengurus struktur binaan yang didirikan secara tidak sah; dan kedua, sama ada mereka bersedia menghadapi risiko pertuduhan jenayah di bawah Seksyen 441 dan 447 Kanun Keseksaan berkaitan pencerobohan.

“Pilihan di tangan mereka,” katanya.

GARAH turut menyatakan keyakinan bahawa pasukan guaman pemilik tanah bersedia mempertahankan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sidek di mana-mana mahkamah yang sah sekiranya cabaran difailkan.

Menurut kenyataan itu lagi, selagi tiada tindakan undang-undang dimulakan untuk mencabar keputusan tersebut, tiada mana-mana peguam wajar membuat kenyataan yang bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang masih berkuat kuasa.

Haniff menegaskan bahawa berdasarkan undang-undang dan fakta kes yang dirujuk, pemilik tanah tidak diwajibkan mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merobohkan struktur binaan haram di atas tanah milik mereka. @politiko.my

KUALA LUMPUR – Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) menegaskan bahawa sebarang pertikaian berhubung tindakan merobohkan struktur binaan di atas tanah persendirian wajar diselesaikan melalui saluran kehakiman, bukan melalui kenyataan umum yang mengelirukan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 15 Februari 2026 bertajuk “Ambiga, Surendran desak PM tarik balik arahan ‘bersihkan’ kuil haram”, yang memetik pandangan bahawa tindakan sendiri tidak dibenarkan walaupun melibatkan tanah persendirian.

Menurut Ketua (Sementara) GARAH, Haniff Khatri, sekiranya Datuk Ambiga Sreenevasan dan N. Surendran benar-benar yakin dengan hujah mereka, maka sewajarnya mereka mewakili pengurusan Kuil Rawang Perdana untuk mencabar keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sidek Bin Haji Muhamad & 461 Ors v The Government of the State of Perak & Ors [1982] 1 MLJ 313.

Beliau bagaimanapun berkata tindakan sedemikian berkemungkinan berdepan dua halangan utama: pertama, sama ada pihak yang didakwa sebagai penceroboh mempunyai locus standi untuk memfailkan saman atas pengakuan mengurus struktur binaan yang didirikan secara tidak sah; dan kedua, sama ada mereka bersedia menghadapi risiko pertuduhan jenayah di bawah Seksyen 441 dan 447 Kanun Keseksaan berkaitan pencerobohan.

“Pilihan di tangan mereka,” katanya.

GARAH turut menyatakan keyakinan bahawa pasukan guaman pemilik tanah bersedia mempertahankan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sidek di mana-mana mahkamah yang sah sekiranya cabaran difailkan.

Menurut kenyataan itu lagi, selagi tiada tindakan undang-undang dimulakan untuk mencabar keputusan tersebut, tiada mana-mana peguam wajar membuat kenyataan yang bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang masih berkuat kuasa.

Haniff menegaskan bahawa berdasarkan undang-undang dan fakta kes yang dirujuk, pemilik tanah tidak diwajibkan mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merobohkan struktur binaan haram di atas tanah milik mereka. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Related Posts
Total
0
Share