
KUALA LUMPUR | 22 Feb 26 – Seorang Ahli Parlimen Tanah Merah, Dato Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, mengesahkan bahawa beliau pernah melihat kenyataan dibuat Azmin Ali mengenai Abdul Hadi Awang dalam kumpulan chat dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia, namun menegaskan beliau tidak pasti sama ada itu adalah serius atau sekadar gurauan.
Memetik laporan FMT, Ikmal Hisham berkata, mesej itu dipanjangkan kepada beberapa ahli dalam kumpulan WhatsApp BERSATU, dan menjadi sebab mengapa beberapa pihak membangkitkan isu itu di kalangan wakil rakyat.
Beliau berkata lagi bahawa konteks di sebalik kenyataan itu masih tidak jelas, kerana nada mesej sukar ditafsir sama ada bercanggah dengan pendirian rasmi parti atau hanya sebagai sindiran.
Terdahulu, satu lagi tangkap layar tular berkaitan perbualan kumpulan WhatsApp, kali ini melibatkan Setiausaha Agung BERSATU, Azmin Ali.
Tangkap layar berkenaan, yang didakwa berasal daripada sebuah kumpulan whatsapp MPT Bersatu bertaruikh 15 Januari 2026, memaparkan mesej yang ditafsirkan oleh sebahagian pengguna media sosial sebagai berbaur sindiran terhadap kepimpinan PAS.
Hingga berita ini ditulis, belum ada maklum balas atau penafian secara rasmi dilaporkan. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.