
KUALA LUMPUR | 22 Feb 26 — Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini secara meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN, tan Sri Muhyiddin Yassin, sekaligus ke semua Ahli sebuat suara bersetuju melantik Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.
Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang diadakan pada jam 3 petang di Pejabat Agung Parti Islam Se-Malaysia di Jalan Raja Laut, di sini.
Mesyuarat berkenaan dihadiri semua ahli Majlis Tertinggi PN termasuk empat Presiden parti komponen iaitu Muhyiddin Mohd Yassin selaku Presiden BERSATU, Abdul Hadi Awang (PAS), Dominic Lau (Gerakan) serta P. Punithan (MIPP).
PN memaklumkan, perkara-perkara lain akan dibawa untuk dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan datang. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.