
KUALA LUMPUR | 7 Mac 26 – Ahli Parlimen Larut, Dato Seri Hamzah Zainudin, mencabar Presiden Parti BERSATU, Muhyiddin Yassin, supaya berundur sekiranya beliau berjaya menjadi ahli Perikatan Nasional (PN).
Hamzah berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Muhyiddin yang didakwa menyatakan bahawa beliau tidak boleh menjadi ahli gabungan tersebut.
Menurut Hamzah, persoalan sama ada beliau boleh menyertai PN atau tidak tidak sepatutnya ditentukan oleh mana-mana individu.
“Dia kata saya tak boleh jadi ahli PN. Siapa dia nak tentukan? Saya nak tanya dia, kalau saya boleh jadi ahli PN, adakah dia akan berhenti?” katanya memetik laporan FMT.
Beliau turut menambah bahawa sekiranya Muhyiddin benar-benar bersedia meletakkan jawatan sekiranya beliau berjaya menjadi ahli PN, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk menyertai gabungan itu.
“Kalau dia kata nak berhenti, saya akan cuba sedaya upaya menjadi ahli PN supaya dia boleh berhenti,” katanya lagi.
Muhyiddin dilaporkan berkata sukar untuk beliau meletakkan kepercayaan kepada Hamzah sekali lagi selepas ‘dikhianati’ dan dirinya sentiasa perlu berwaspada. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.