Annuar Musa Kekal Bersama PAS, Tolak Kemungkinan Kembali Ke UMNO

Foto – Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR | 9 Mac 26 – Bekas pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau akan terus bersama PAS dan tidak mempunyai sebarang hasrat untuk kembali kepada parti lamanya itu.

Memetik laporan media, beliau berkata, keputusan menyertai PAS adalah pilihan politik yang telah difikirkan dengan matang, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau kembali ke UMNO.

Annuar berkata, beliau kini selesa dengan perjuangan bersama PAS serta komited untuk terus menyumbang kepada parti itu dalam kerangka politik semasa.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini dipecat daripada UMNO pada Disember 2022 sebelum menyertai PAS pada tahun berikutnya.

Beliau menegaskan tumpuannya kini adalah memperkukuhkan kerjasama politik dalam blok pembangkang serta meneruskan agenda perjuangan yang diyakininya bersama PAS.

UMNO baru-baru ini menggerakan satu inisiatif dipanggil Rumah Bangsa, dan mengajak bekas-bekas pemimpin UMNO untuk kembali bersama perjuangan parti tersebut. Antara tokoh yang menunjukkan minat adalah Khairy Jamaludin. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share