Agenda Reset “Dah Nampak Anak Bulan” – Dr Yadzil

PUTRAJAYA | 10 Mac 26 – Agenda Reset yang digerakkan oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Hamzah Zainudin disifatkan semakin menunjukkan perkembangan positif, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr Mohd. Yadzil Yaakub.

Ketika ditemui di Majlis Iftar Ketua Pembangkang, di sini, beliau berkata perkembangan terkini itu memberi petanda bahawa usaha menyatukan sokongan dalam parti semakin menampakkan hasil, khususnya dengan kemunculan kepimpinan yang mampu diterima oleh pelbagai pihak.

Katanya, usaha penyatuan bukan perkara mudah kerana ia memerlukan tokoh yang boleh merapatkan pelbagai kelompok dalam parti.

“Untuk menyatupadukan semua ini bukan semua orang boleh buat. Ia memerlukan individu yang boleh diterima oleh semua pihak,” katanya.

Yadzil berkata tokoh yang dilihat mempunyai keupayaan tersebut ialah Hamzah Zainudin, yang menurutnya memiliki kemahiran tersendiri dalam menarik sokongan daripada pelbagai pihak.

Beliau berkata Hamzah bukan sahaja berupaya mendapatkan sokongan dalam parti, malah turut mampu menarik sokongan daripada pihak luar.

“Saya sendiri tidak menjangka perkara ini berlaku, tetapi saya tahu Datuk Seri Hamzah mempunyai kemahiran tersendiri dan mampu menarik sokongan sama ada daripada dalam parti ataupun dari luar,” katanya.

Menurut Yadzil, perkembangan tersebut merupakan petanda baik terhadap usaha memperkukuhkan kekuatan politik kumpulan yang terlibat dalam agenda berkenaan.

“Ini memang petanda yang baik. Dah nampak anak bulan, ini dah boleh rayalah” katanya sambil berseloroh, merujuk kepada perkembangan positif terhadap agenda tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share