Orang Kuat Mahathir Pertahan Hamzah, Minta Tun Faisal Tutup Mulut

KUALA LUMPUR | 18 Mac 26 – Aktivis politik yang juga pendukung kuat Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tampil mempertahankan tindakan Dato’ Seri Hamzah Zainuddin bertemu Presiden UMNO, Dato’ Seri Zahid Hamidi, dan menafikan dakwaan bahawa ia membelakangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Khairuddin, pertemuan itu adalah sebahagian daripada agenda penyatuan orang Melayu yang diarahkan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Apa yang dilaksanakan oleh Dato’ Seri Hamzah Zainuddin untuk bertemu sesiapa sahaja bagi menyatupadukan orang Melayu adalah tindakan yang baik dan mulia,”

“Saya mengaku Tun M suruh saya jumpa Hamzah cakap dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO untuk agenda Payung Besar dan satu padukan Melayu secara total, katanya kepada politiko.

Beliau turut mengulas kenyataan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang mempersoalkan alasan Hamzah, sambil menegaskan bahawa Hamzah bergerak di bawah platform Sekretariat Orang Melayu dan Payung Besar, selaras arahan Dr. Mahathir untuk menggerakkan semua pemimpin politik, NGO, dan NGI Melayu demi mencapai penyatuan total orang Melayu merentasi parti.

“Tun Faisal tak tahu apa pun mengenai perkara ini, lebih baik dia diam, ujarnya.

Khairuddin juga menyifatkan pemecatan Hamzah atas alasan membelakangkan Muhyiddin sebagai tidak berasas sama sekali.

“Sepatutnya kita menyokong tindakan mulia Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, bukan memecat beliau,” katanya.

Beliau menambah, Dr. Mahathir sentiasa mengingatkan semua pihak supaya memikul tanggungjawab secara amanah dalam agenda penyatuan Melayu, dan kerja keras Hamzah sewajarnya disokong, bukan dicemuh.

“Kalau orang lain bekerja keras sepertimana nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, apakah kita harus iri hati?” Katanya.

Baru-baru ini, Hamzah dilaporkan mendakwa bahawa pertemuan beliau bersama Zahid adalah atas agenda penyatuan Melayu. Dakwaan tersebut dilihat sebagai menjawab dakwaan Muhyiddin bahawa pertemuan Hamzah dan Zahid tidak mendapat mandat parti yang mana tindakan disiplin telah diambil ke atas Hamzah hingga beliau dipecat dari BERSATU. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share