Perang Mafia Korporat: ‘Akhirnya Rakyat Yang Tanggung’ – Kadir Jasin

KUALA LUMPUR | 30 Mac 26 — Tokoh wartawan, Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan perebutan sengit melibatkan “mafia korporat” dalam projek kerajaan bernilai berbilion ringgit, akhirnya memberi kesan kepada rakyat.

Menurut beliau, pelbagai pihak berkepentingan terlibat dalam percaturan besar membabitkan konsesi awam.

“Mafia korporat, Victor Chin Boon Long, Mr R, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dan segala lembaga hitam di belakang tabir boleh berperang mati-matian dalam percaturan konsesi awam bernilai berbilion-bilion ringgit. Katanya.

Antara syarikat yang menjadi tumpuan ialah NexG Berhad dan HeiTech Padu Berhad yang dikaitkan dengan kontrak kerajaan bernilai besar.

Kadir menjelaskan bahawa kumpulan ini memiliki kelebihan melalui rangkaian hubungan dengan pihak berkuasa dan institusi penting negara.

“Mafia korporat ini ada duit tapi mungkin tidaklah banyak. Tapi mereka ada modal yang sangat berharga iaitu perhubungan mereka dengan watak-watak penting dalam politik, kerajaan, perkhidmatan awam, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ujarnya.

Menurutnya lagi, melalui pengaruh tersebut, mereka mampu menguasai syarikat yang mendapat kontrak kerajaan.

“Bermodalkan perhubungan dengan orang dalam ini, mereka mengasak masuk ke dalam syarikat-syarikat yang dapat kontrak kerajaan. Dengan pengaruh ke atas politik, birokrasi dan pengawas pasaran, mereka boleh beli saham syarikat-syarikat terbabit secara diskaun, berhutang malah dengan percuma/gratis.”

Namun, tegas beliau, kesan sebenar perebutan ini akan ditanggung oleh rakyat.

“Masalahnya, yang akan tanggung beban adalah rakyat jelata.”

Beliau turut membangkitkan kemungkinan peningkatan kos kepada rakyat walaupun dokumen sedia ada masih sah.

“Walaupun MyKad dan pasport sedia ada sah hingga tamat tempoh, akhirnya mereka kena tukar juga. Dengan ciri yang lebih canggih, yuran pun mungkin lebih tinggi.”

Kadir juga menegaskan bahawa tanpa mengira apa jua keputusan dalam konflik tersebut, rakyat tetap akan menanggung akibat.

“Akhirnya yang kena tanggung perbelanjaan adalah rakyat jelata yang minta MyKad dan pasport.”

Kontroversi ‘Mafia Korporat’ yang melibatkan taikun Victor Chin dan orang politik, telah menimbulkan kegusaran rakyat berhubung integriti kerajaan yang dikatakan mementingkan dasar tatakelola yang baik. Namun, pendedahan ini telah menimbulkan kesangsian awam terhadap kerajaan Madani. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share