
KUALA LUMPUR | 9 Apr 26– Perbicaraan melibatkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, memasuki fasa kritikal apabila isu penyerahan dokumen oleh pihak pendakwaan kini menjadi tumpuan utama, sekali gus mencetuskan persoalan lebih besar terhadap ketelusan proses keadilan.
Dalam kenyataan terbarunya, Wan Saiful menegaskan bahawa Mahkamah Sesyen sebelum ini telah memutuskan pihak pendakwa raya wajib menyerahkan beberapa dokumen penyata akaun bank syarikat yang didakwa terlibat dalam kes rasuah terhadap beliau.
“Hakim perbicaraan saya membuat keputusan bahawa pendakwaraya mesti menyerahkan dokumen yang kami minta.
“Yang Arif Hakim menyatakan dengan jelas bahawa peguam saya telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa permohonan kami mencapai syarat “desirability and necessity”. Ujarnya.
Lebih penting, hakim perbicaraan dalam alasan penghakiman bertarikh 29 Mei 2025 turut menyatakan bahawa dokumen tersebut berpotensi mengandungi fakta yang boleh menyokong pembelaan, malah mampu memberi gambaran lebih menyeluruh terhadap kes yang sedang dibicarakan.
“Dokumen yang dipohon adalah berpotensi membuktikan ketidakbenaran tuduhan terhadap saya
Namun, perkembangan terbaru menyaksikan pihak pendakwa raya enggan mematuhi arahan tersebut, sebaliknya membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi. Tindakan ini mengundang tanda tanya, termasuk daripada pihak pembelaan sendiri.
“Dalam hujahan peguam saya pagi tadi, beliau terpaksa menyatakan bahawa beliau tidak faham kenapa Pendakwaraya “fighting tooth and nail” dan “hell bent” untuk tidak menyerahkan dokumen tersebut.
Malah, beliau turut membangkitkan kebimbangan sama ada terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan.
Wan Saiful turut mempersoalkan mengapa begitu banyak sumber kerajaan digunakan untuk menghalang akses kepada dokumen yang telah diiktiraf mahkamah sebagai penting. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa situasi tersebut menguatkan persepsi bahawa kes yang dihadapinya mempunyai unsur motif politik.
Mahkamah Tinggi dijadualkan membuat keputusan pada 20 April ini, satu tarikh yang dijangka menjadi penentu penting bukan sahaja kepada hala tuju kes Wan Saiful, tetapi juga terhadap tahap keyakinan awam terhadap integriti sistem kehakiman negara.
Pada Februari 2023, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Sesyen pada atas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan projek Jana Wibawa. Beliau mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan meminta/menerima rasuah RM6.9 juta dan 18 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM5.59 juta. Kes masih berjalan di hadapan Hakim Azura Alwi. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.