Sibuk Kira Kerusi – Norsahar Kritik Keutamaan Politik Pemimpin BERSATU

KUALA LUMPUR | 9 Apr 26 – Tumpuan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terhadap isu kerusi Parlimen mengundang kritikan, apabila dilihat mencerminkan keutamaan politik yang semakin tersasar daripada realiti rakyat.

Mantan Ketua Bahagian Sepanggar, Norsahar Ahmad, menyifatkan kenyataan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Tun Faisal Ismail Aziz, sebagai dangkal serta mencerminkan kecelaruan yang semakin membarah dalam parti itu.

“Kenyataan sebegini jelas lahir daripada konflik dalaman yang semakin meruncing. Daripada menyelesaikan masalah dalaman secara matang, mereka memilih untuk mengeluarkan kenyataan yang memalukan dan tidak masuk akal. Katanya.

Beliau menegaskan bahawa undi yang diberikan, katanya, adalah suara rakyat yang mahukan wakil berkhidmat, bukannya dijadikan asas perebutan kuasa dalaman.

Dalam masa sama, Norsahar melihat polemik berterusan mengenai “hak kerusi” sebagai gambaran jelas bahawa kepimpinan parti semakin terpisah daripada realiti rakyat, khususnya apabila isu tersebut terus diangkat ketika rakyat berdepan tekanan hidup.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menggesa agar serangan terhadap Datuk Seri Hamzah Zainudin dihentikan, kerana tindakan tersebut hanya akan mempercepatkan lagi perpecahan dalaman parti.

Terdahulu, lapopra menyatakan bahawa BERSATU akan mempertahankan semua kerusi dimenangi pada PRU15 termasuk kawasan dikaitkan dengan kumpulan penyokong bekas timbalan presiden Hamzah Zainudin.

Tun Faisal Ismail Aziz, berkata status pemilikan kerusi dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah berdasarkan kemenangan parti, bukan faktor individu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share