Media Filipina Dakwa Diesel Tiba Dari Malaysia, PETRONAS Nafi

KUALA LUMPUR | 12 Apr 26 — Dakwaan media Filipina mengenai penghantaran diesel dari Malaysia mencetuskan polemik, ketika rakyat dalam negara berdepan kenaikan mendadak harga bahan api dan isu bekalan di beberapa kawasan.

Laporan tersebut menyebut ketibaan kira-kira 329,000 tong atau lebih 52 juta liter diesel yang didakwa berasal dari Malaysia bagi memperkukuh bekalan tenaga negara itu.

Dalam masa sama, PETRONAS tampil menafikan sebarang penglibatan dalam urusan tersebut.

Syarikat itu dalam kenyataan ringkas menegaskan bahawa ia tidak mempunyai sebarang perjanjian membekalkan diesel kepada mana-mana pihak di Filipina.

PETRONAS turut menekankan bahawa keutamaan utamanya adalah memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil dan berterusan, dengan kerjasama kerajaan serta pihak berkepentingan.

Isu ini kini menimbulkan persoalan lebih luas mengenai ketelusan maklumat dan keutamaan dasar tenaga negara, khususnya dalam situasi rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup.

Mengulas perkara itu, Datuk A. Kadir Jasin mempersoalkan kesahihan maklumat yang bercanggah antara laporan luar dan penjelasan pihak berkuasa tempatan.

“Jadi yang mana satu benar dan mana satu palsu? Siapa bercakap benar dan siapa berbohong?” katanya.

Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai keadaan dalam negara, termasuk kenaikan harga diesel yang tinggi serta laporan kekurangan bekalan di sesetengah stesen minyak.

“Kalau syarikat dan peniaga minyak tempatan terus eksport bahan bakar… sampai bila-bila pun simpanan dalam negara tidak akan bertambah,” ujarnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Tahan Pengkritik, Reformasi atau Regresi?

Dr Armin Baniaz Pahamin, mengecam tindakan tersebut sebagai langkah yang bercanggah dengan prinsip asas demokrasi. Menurut beliau, dalam sistem yang matang, kritikan terhadap kerajaan bukanlah satu jenayah, sebaliknya merupakan elemen penting dalam memastikan akauntabiliti dan keseimbangan kuasa.
Read More
Total
0
Share