Selat Melaka Jadi Tumpuan, PN Desak Kerajaan Perkukuh Kewaspadaan Geopolitik

KUALA LUMPUR } 20 Apr 26 — Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan meningkatkan pemantauan terhadap perkembangan geopolitik serantau yang semakin kompleks, dengan memberi penekanan kepada perlindungan kepentingan strategik negara.

Dalam kenyataan media oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, PN menegaskan bahawa persaingan antara kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dan China, kini semakin memberi kesan langsung kepada Asia Tenggara.

Menurut beliau, peningkatan kehadiran ketenteraan, perebutan laluan perdagangan strategik serta tekanan ekonomi global berpotensi memberi implikasi besar kepada Malaysia.

“Perkembangan ini jelas berisiko menjadikan Asia Tenggara sebagai medan baharu persaingan kuasa besar,” katanya.

PN turut memberi amaran bahawa kedudukan strategik Selat Melaka sebagai antara laluan maritim terpenting dunia menjadikannya terdedah kepada pengaruh luar.

“Sebarang peningkatan kehadiran strategik kuasa asing atau meluasnya usaha untuk mempengaruhi keadaan di Selat Melaka berisiko meningkatkan ketegangan geopolitik dan menggugat kestabilan serantau,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, PN menekankan keperluan untuk memastikan rantau ini kekal bebas daripada tekanan atau dominasi mana-mana kuasa luar, selaras dengan prinsip Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang sekian lama menjadi asas dasar luar Malaysia.

Dalam menghadapi ketidaktentuan global, PN menggariskan beberapa langkah utama yang perlu diberi perhatian kerajaan, termasuk memantau rapat perkembangan geopolitik, memastikan negara tidak terheret dalam persaingan kuasa besar, serta memelihara kedaulatan dan autonomi strategik.

Selain itu, PN turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama ASEAN dan menggalakkan penyelesaian konflik secara aman bagi memastikan kestabilan serantau terus terpelihara.

“Dasar luar yang bebas dan berprinsip amat penting bagi melindungi kepentingan jangka panjang negara serta kestabilan serantau,” kata Takiyuddin. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Pengerusi Baharu PN, Daripada PAS – Takiyuddin

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, calon tersebut adalah seorang pemimpin kanan PAS dan juga ahli Parlimen, namun identitinya belum boleh didedahkan kerana pelantikan rasmi hanya akan dibuat melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi PN kelak.
Read More
Total
0
Share