
KUALA LUMPUR, 5 DIS 25 — Konvensyen Melayu 153 dijadual berlangsung pada Sabtu, 13 Disember 2025 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Saloma Kuala Lumpur, bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Program ini menghimpunkan tokoh-tokoh akademik, pemimpin negara, aktivis masyarakat serta pemikir Melayu bagi membincangkan hala tuju bangsa dalam konteks semasa.
Berdasarkan poster jemputan, acara kemuncak adalah ucapan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi Payung Besar Melayu, dijadual pada jam 12.30 tengah hari.
Konvensyen Melayu 153 dijangka menjadi platform penting ketika pelbagai kritikan terhadap Perjanjian Anwar-Trump yang disifatkan memberi kesan terhadap dasar bumiputera. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.