Isu Ternak Babi : Pemuda PAS Selangor Kecam Adun Seri Kembangan

SHAH ALAM | 23 Apr 26 — Pemuda PAS Selangor mengecam tindakan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki, yang didakwa membawa naratif bercanggah dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berhubung larangan aktiviti penternakan babi di negeri itu.

Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai, dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan agar kerajaan negeri meneroka semula sistem penternakan babi moden sebagai tidak bertanggungjawab serta mencemarkan institusi Dewan Negeri Selangor.

Menurut beliau, tindakan tersebut bukan sahaja sensitif, malah dianggap mencabar ketetapan yang telah diperkenankan oleh Sultan Selangor.

Dalam masa sama, Pemuda PAS Selangor menggesa Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, supaya segera menyatakan pendirian rasmi kerajaan negeri berhubung isu berkenaan.

Mereka menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh berdiam diri apabila titah Sultan Selangor dipersoalkan secara terbuka, lebih-lebih lagi oleh wakil rakyat dalam blok kerajaan.

“Jangan sesekali tunduk kepada naratif atau provokasi politik yang boleh menjejaskan kepentingan negeri, institusi diraja dan rakyat Selangor,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dilihat menghangatkan semula perbahasan berkaitan dasar penternakan babi di Selangor — satu isu yang sering menjadi sensitif dari sudut agama, dasar awam dan hubungan politik.

Pemerhati menjangkakan tekanan akan terus meningkat ke atas kerajaan negeri untuk memberikan penjelasan rasmi bagi meredakan polemik yang semakin meluas. @politiko.my

Semalam. Isu penternakan babi kembali dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki yang memohon pertimbangan supaya penternakan babi dibenarkan di Selangor.

Menurut Siew Ki dari DAP, penternakan babi sepatutnya tidak dibezakan dengan penternakan haiwan lain kerana haiwan lain juga menghasilkan risiko pencemaran dan kesihatan yang sama.

“Mengenai isu penternakan babi, dalam titah ucapan Tuanku, Seri Kembangan memohon ‘Ampun Tuanku’ menyembah bahawa isu ini menyentuh hak kesamarataan warganegara yang terjamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Pertenakan babi tidak seharusnya dibezakan dengan penternakan haiwan yang lain.

Sebelum ini, Tuanku Sultan Selangor telah bertitah bahawa projek ternakan babi di Bukit Tagar dibatalkan dan lesen ternakan tersebut berkaitan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share