Pembeli Terbeban: Saifuddin Desak Projek Perumahan Terbiar Selesai Segera

KUANTAN | 27 Apr 26 — Nasib ratusan pembeli rumah di Projek Perumahan Makmur Kampung Tiram terus menjadi tanda tanya apabila projek di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang itu didakwa masih terbengkalai tanpa perkembangan ketara, walaupun tarikh siap telah lama berlalu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah berkata, beliau sendiri turun meninjau tapak projek berkenaan dan mendapati keadaannya tidak banyak berubah berbanding lawatan terdahulu pada hujung tahun lalu.

Menurut beliau, projek yang melibatkan beberapa fasa dan ratusan unit rumah itu sepatutnya telah disiapkan sekurang-kurangnya bagi fasa pertama pada tahun 2024, sebelum ada pembeli yang dijanjikan penyerahan awal tahun ini.

“Namun sehingga kini, projek ini masih tidak menunjukkan kemajuan yang memuaskan. Keadaan ini amat membebankan pembeli, majoritinya orang Melayu Bumiputera dari Pahang,” katanya.

Lebih membimbangkan, para pembeli kini terpaksa menanggung beban kewangan berganda — membayar ansuran pinjaman perumahan kepada bank dalam masa yang sama perlu menyewa kediaman lain.

“Ini satu situasi yang sangat menekan. Mereka bayar pinjaman, dalam masa sama bayar sewa. Dua beban serentak,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Saifuddin Abdullah menggesa pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang agar segera mengambil langkah konkrit bagi menyiapkan projek tersebut yang telah lama tergendala.

Beliau turut memaklumkan telah beberapa kali bertemu wakil pembeli serta membantu menghubungkan mereka dengan pihak guaman bagi mendapatkan nasihat lanjut berhubung hak dan tindakan yang boleh diambil.

“Saya akan terus memantau perkembangan projek ini demi memastikan kebajikan dan keselesaan para pembeli terjamin,” katanya lagi.

Isu perumahan terbengkalai ini sekali lagi menimbulkan persoalan terhadap kecekapan pelaksanaan projek awam serta perlindungan terhadap pembeli, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan sederhana yang paling terkesan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Khairy Beri Kerajaan Madani Markah 50%

Kerajaan bagaimanapun katanya belum melaksanakan reformasi cukai bagi memperluas asas pendapatan negara, yang menurutnya jauh lebih rendah berbanding negara setaraf dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK)
Read More

Mantan KB Bahagian Lapor ROS, Mohon Siasat Isu Pemecatan

“Kalau ikut perlembagaan parti, pemecatan tidak berlaku serta-merta kerana masih ada ruang rayuan kepada Lembaga Rayuan. Namun dalam kes kami, pemecatan dibuat terus dan nama kami dikeluarkan daripada senarai keahlian,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat aduan di pejabat ROS, hari ini.
Read More
Total
0
Share