Isu UEC Dedah Anwar-Azmin ‘Sekufu’, UMNO Diperangkap, PN Tersepit – Wan Saiful

KUALA LUMPUR | 16 Mei 26 — Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyindir isu pengiktirafan UEC kini bukan sahaja memerangkap kerajaan, malah turut mendedahkan persamaan pendirian antara Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan pemimpin BERSATU, Mohamed Azmin Ali.

Menurut beliau, kerajaan menggunakan strategi tersusun apabila mengumumkan pengiktirafan laluan UEC ke IPTA serentak dengan kelulusan institusi tahfiz bagi mengelakkan bantahan rakyat.

Katanya, langkah itu dibuat supaya kerajaan boleh mempertahankan keputusan tersebut dengan alasan turut memberi pengiktirafan kepada institusi tahfiz.

Beliau turut mendakwa pengumuman melalui Kementerian Pengajian Tinggi yang diterajui pemimpin UMNO juga sebahagian daripada percaturan politik supaya pemimpin UMNO tampil mempertahankan agenda yang sekian lama diperjuangkan DAP.

Namun sindiran paling tajam beliau tertumpu kepada kedudukan PN sendiri apabila mengingatkan bahawa Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali, pernah terlebih dahulu mengiktiraf UEC ketika menjadi Menteri Besar Selangor pada 2015.

Wan Saiful memetik kenyataan Azmin sebelum ini yang menyatakan isu UEC tidak wajar dipolitikkan kerana jumlah sekolah persendirian Cina bukanlah besar.

Hari ini, katanya, nada sama kembali digunakan Anwar Ibrahim apabila Perdana Menteri turut menyatakan isu pengiktirafan UEC tidak sepatutnya dipolitikkan.

“Nampaknya Setiausaha Agung Bersatu yang juga Timbalan Setiausaha Agung PN sehati sejiwa dengan PMX dalam isu UEC,” katanya sinis.

Kenyataan itu dilihat secara halus menyindir PN yang kini berdepan dilema untuk membidas isu UEC kerana pendirian lampau pemimpin BRSATU itu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share