Browsing Tag
PN
32 posts
Jika Dibatal ROS: PN Hilang Nama, Lambang, 4 Senario Baharu Menjelang PRU
Jika pendaftaran Perikatan Nasional (PN) benar-benar dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selepas melalui proses representasi dan rayuan yang sewajarnya, gabungan itu tidak lagi boleh berfungsi atau bertanding menggunakan nama serta lambang PN.
Kata BN ‘Sakau’, Tapi Kenapa PN & PH Masih Mahu Kerjasama? – Neow
“Walaupun orang kata BN ni sakau lah, rasuah lah, sebagainya. Tapi kita lihat setiap kali tiba pilihan raya, baik PN, baik PH, semua nak dengan kita.
“Rundingan BN-PN Sudah Bermula, Progress Sangat Positif” – Hadi
“Alhamdulillah, sangat positif. Kita mengambil semangat daripada apa yang berjaya di Johor dan di Negeri Sembilan,” katanya.
Ahli MKT UMNO Cadang ‘Zon Kuasa’ BN-PN: Selatan Untuk BN, Timur Untuk PN
Razlan turut mencadangkan supaya model kerjasama itu diperluaskan ke Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dengan memberi ruang kepada BN untuk turut terlibat dalam pentadbiran negeri berkenaan.
Harapan BN Tembusi Kubu PN Akan Terbantut
Menurut Ahmad Fauzi, jika BN tidak mahu berkompromi mengenai kerusi penyandangnya di Melaka, prinsip sama perlu diterima ketika rundingan kerusi di negeri-negeri yang dikuasai PN.
“Jangan Hukum Parti Kerana Individu” – Hamzah Pertahan Kerjasama BN-PN
Menurut Hamzah, perbuatan rasuah dilakukan oleh individu dan bukannya sesebuah parti secara keseluruhan, justeru tindakan segelintir pihak tidak wajar dijadikan ukuran terhadap keseluruhan organisasi politik.
“PH Dikuasai DAP, Angka Tak Boleh Membohong” – Ahmad Maslan
"Kalau siapa-siapa yang minatkan PH, saya ingin memberitahu mereka bahawa PH dikuasai oleh DAP. Di peringkat Persekutuan pula, DAP mempunyai 40 kerusi Parlimen, sama banyak dengan PKR, manakala Amanah lapan kerusi. Oleh itu saya ingin menyatakan kalau mengundi PH bererti menguatkan DAP... angka tak boleh membohong. Yang mana banyak itulah yang menguasai. Jadi dalam kes PH ini, yang menguasai ialah DAP," katanya
PRN Negeri Sembilan: Muafakat PN-BN, BERSATU Bergelut, PH Masih Bermain Naratif Lama
Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semakin menghampiri penamat dengan tiga perkembangan utama semakin jelas. Pertama, kerjasama…
Tiada Manifesto PN, Isyarat PAS dan BERSATU Mula Jalan Berbeza?
Sepanjang sidang media tersebut, Tuan Ibrahim hampir keseluruhannya bercakap mengenai PAS. PAS bertanding 11 kerusi. PAS mahu menjadi semak dan imbang. PAS mempunyai tawaran di kawasan yang ditandingi. PAS mengeluarkan arahan kepada penyokong. Yang tidak kedengaran ialah naratif mengenai PN.
Isu UEC Dedah Anwar-Azmin ‘Sekufu’, UMNO Diperangkap, PN Tersepit – Wan Saiful
Wan Saiful memetik kenyataan Azmin sebelum ini yang menyatakan isu UEC tidak wajar dipolitikkan kerana jumlah sekolah persendirian Cina bukanlah besar. Hari ini, katanya, nada sama kembali digunakan Anwar Ibrahim apabila Perdana Menteri turut menyatakan isu pengiktirafan UEC tidak sepatutnya dipolitikkan.