Kontroversi UEC: MP Kerajaan Gesa Menteri KPM, KPT Letak Jawatan

KUALA LUMPURT | 16 Mei 26 — Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meletakkan jawatan susulan keputusan kerajaan membuka laluan kemasukan lepasan UEC ke institusi pengajian tinggi awam.

Pemimpin veteran PKR itu mendakwa kedua-dua menteri terbabit gagal mempertahankan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam isu melibatkan saluran kemasukan ke IPTA.

Menurut Hassan, kegagalan mempertahankan dasar pendidikan negara dalam isu pengiktirafan UEC merupakan sesuatu yang “tidak boleh dimaafkan”.

“Mereka berdua perlu meletakkan jawatan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di facebook, semalam.

Beliau berkata, Menteri Pendidikan Tinggi dan Menteri Pendidikan sepatutnya menjadi benteng utama mempertahankan sistem pendidikan nasional, khususnya melibatkan syarat dan laluan kemasukan ke universiti awam negara ini.

Terdahulu, Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta SMPC/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA berdasarkan keputusan Jemaah Menteri.

Keputusan tersebut bagaimanapun terus mencetuskan polemik apabila pelbagai pihak mendakwa ia membuka ruang pengiktirafan secara tidak langsung terhadap UEC walaupun sijil itu berada di luar sistem pendidikan kebangsaan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share