Gelombang Tolak PH Di Johor Semakin Kukuh, Kata Wan Saiful

MUAR | 9 Julai 26 – Naib Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata sambutan luar biasa rakyat pada Grand Finale kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Simpang Jeram, Bakri malam tadi mencerminkan gelombang penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) yang semakin sukar dibendung.

Mewakili Presiden WAWASAN pada program berkenaan, Wan Saiful berkata kehadiran ribuan penyokong menunjukkan rakyat Johor mahukan perubahan kepimpinan negeri.

“Sambutan luar biasa rakyat di Grand Finale PRN Johor malam tadi memangkinkan gelombang kebangkitan yang tidak boleh disekat lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya turut menegaskan bahawa perjuangan Perikatan Nasional (PN) bukan bertujuan mengejar jawatan, sebaliknya demi memastikan kestabilan politik Melayu-Islam serta memperjuangkan kebajikan rakyat.

Katanya, Abdul Hadi turut menyeru pengundi Johor supaya terus konsisten menolak PH pada hari pengundian bagi menentukan masa depan negara.

Wan Saiful berkata, kemenangan besar blok pembangkang di Johor dijangka memberi tekanan politik yang signifikan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kemenangan besar blok politik Melayu di Johor pastinya akan mencetuskan tekanan hebat kepada pentadbiran Anwar Ibrahim,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi Johor menterjemahkan sokongan mereka di peti undi bagi menentukan hala tuju politik negeri pada PRN kali ini.

Pengundi di Johor akan menunaikan kewajipan mereka pada 11 Julai ini. Keputusan PRN Johor dijangka diumumkan pada malam tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share