
KUALA LUMPUR, 24 Jul 25 – Penurunan harga bahan api RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter disebabkan trend penurunan harga bahan api itu di seluruh dunia, dan bukannya sebab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan, pelarasan harga itu turut berlaku di kebanyakan negara lain seperti Thailand yang telah menurunkan harga sejak beberapa minggu lalu.
“Harga minyak dunia sudah turun… itu sebabnya.
“Bukan sebab kamu (Anwar) yang turunkan (harga RON95),” kata Ahli Parlimen Larut itu pada sidang media di Parlimen.
Anwar mengumumkan penurunan harga itu menerusi subsidi bersasar yang perinciannya bakal diumumkan menjelang akhir Sept ini. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.