RESET Lancar Platform Media Sosial, Bawa Naratif Baharu Masa Depan Negara

KUALA LUMPUR | 21 Mei 26 — Satu gerakan yang dikenali sebagai RESET mula melancarkan platform media sosialnya di facebook bagi membawa mesej kesedaran kepada rakyat mengenai keperluan menetapkan semula hala tuju negara demi masa hadapan yang lebih baik.

Menerusi kenyataan pengenalannya, RESET menegaskan setiap negara akan tiba pada satu titik penting apabila rakyat perlu membuat pilihan sama ada terus berada dalam perpecahan, atau kembali kepada asas pembinaan negara melalui pendekatan baharu yang lebih tersusun dan matang.

Menurut gerakan itu, RESET lahir daripada keyakinan bahawa Malaysia masih mempunyai masa hadapan yang cerah serta kemampuan untuk bangkit semula walaupun berdepan pelbagai cabaran politik, ekonomi dan sosial.

“Daripada keyakinan itulah lahir keberanian untuk bertindak membetulkan kesilapan, kebijaksanaan untuk memperkukuh kekuatan, dan kesediaan untuk membina negara bangsa yang lebih baik,” menurut kenyataan tersebut.

Laman RESET boleh mula diakses dan mula diikuti di https://www.facebook.com/resetmys @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share