Hari Ini Kad Bahasa Cina, Lepas Ini Bahasa Apa Pula? – Dasar KKM Dipersoal

KUALA LUMPUR | 21 Mei 26 — Penggerak RESET Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mempersoalkan penggunaan tulisan Cina pada kad pemantauan pesakit denggi di klinik kesihatan yang tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.

Menurut beliau, penjelasan bahawa kad tersebut digunakan bagi memudahkan pesakit warga asing berbahasa Cina memahami penerangan kesihatan tidak seharusnya menutup persoalan lebih besar berkaitan dasar bahasa dan keutamaan negara.

“Nenek saya Cina, tapi saya cakap bahasa Melayu. Isunya bukan soal memudahkan komunikasi semata-mata, tetapi soal dasar, sempadan dan keutamaan,” katanya dalam satu video di tiktok.

Beliau berkata, jika kementerian mula menyediakan kad kesihatan dalam bahasa tertentu untuk kelompok warga asing, ia berpotensi membuka ruang kepada tuntutan penggunaan pelbagai bahasa lain pada masa depan.

“Kalau hari ini ada kad dalam bahasa Cina, selepas ini adakah akan ada kad dalam bahasa Jepun, Korea, Bengali, Itali atau Sepanyol? Di mana noktahnya?” katanya.

Muhamad Muqharabbin bagaimanapun mengakui keperluan komunikasi dalam sektor kesihatan amat penting kerana melibatkan nyawa dan keselamatan pesakit.

Namun beliau menegaskan Malaysia sudah mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas dalam sektor perubatan dan antarabangsa.

Katanya, bantuan kepada pesakit yang mempunyai kekangan bahasa boleh dilaksanakan melalui jurubahasa, penerangan tambahan atau bahan sokongan tanpa menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan.

“Jangan sampai pendekatan sementara akhirnya menimbulkan persoalan lebih besar. Malaysia ada identiti dan bahasa Melayu ialah jiwa bangsa,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan agar pihak berkaitan menetapkan garis panduan yang jelas supaya isu seperti itu tidak terus menjadi polemik dalam masyarakat. 

Isu terkini yang tular melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan kad kesihatan adalah mengenai penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi berbahasa Mandarin di Klinik Kesihatan Setapak. Jabatan Kesihatan mengesahkan ia berpunca daripada kesilapan tidak disengajakan oleh petugas yang memberikan kad berlainan bahasa tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

EXCO Beri Kerjasama Penuh Dalam Siasatan

Dalam satu kenyataan semalam, beliau memaklumkan bahawa sejak peringkat awal siasatan, beliau bersama pasukannya telah menyerahkan segala dokumen yang diperlukan serta hadir memberikan keterangan tanpa pernah mengelak daripada proses undang-undang.
Read More
Total
0
Share