
DUNGUN | 24 Mei 26 — Pemuda PAS Dungun sebulat suara meluluskan usul supaya PAS Pusat mengkaji semula kerjasama politik dengan BERSATU dalam usaha memperkukuhkan hala tuju perjuangan parti dan masa depan Perikatan Nasional (PN).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku M Fakhruddin Tengku Md Fauzi menyatakan dengan ringkas usul tersebut menerusi facebook beliau hari ini.
”Pemuda PAS Dungun sebulat suara lulus usul agar PAS Pusat kaji balik kerjasama politik dengan Bersatu. Katanya.
Usul itu dilihat selari dengan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang memaklumkan bahawa PAS bersedia menilai semula hubungan politik dengan BERSATU sekiranya ia melibatkan kepentingan perjuangan parti dan masa depan gabungan pembangkang. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.