Hamzah Zainudin Hargai Hubungan Diplomatik Duta Turkiye

KUALA LUMPUR | 26 Mei 26 –, Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin menzahirkan penghargaan kepada Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel atas hubungan persahabatan dan kerjasama erat sepanjang diplomat itu berkhidmat di Kuala Lumpur.

Menerusi satu hantaran, Hamzah berkata hubungan baik yang terjalin sepanjang tempoh tersebut mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh kerjasama dua hala.

Beliau turut mendoakan kejayaan Emir Salim dalam penempatan baharunya selepas menamatkan tugas di Malaysia.

“Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Emir Salim Yüksel, Duta Turkiye ke Malaysia atas persahabatan dan kerjasama erat sepanjang perkhidmatan beliau di Kuala Lumpur.

“Semoga beliau terus maju jaya dalam penempatan seterusnya,” katanya.

Hamzah yang juga mantan Ketua Pembangkang dilihat antara pemimpin pembangkang yang aktif membina hubungan dengan wakil diplomatik asing sepanjang berada dalam kerajaan dan pembangkang.

Pertemuan beliau bersama duta-duta asing sebelum ini sering tertumpu kepada isu hubungan antarabangsa, kestabilan serantau, ekonomi serta kerjasama strategik antara Malaysia dan negara luar.

Dalam hantaran sama, Hamzah turut menyatakan harapan agar hubungan Malaysia dan Turkiye akan terus berkembang serta menjadi lebih kukuh pada masa hadapan.

“Semoga hubungan kukuh antara Malaysia dan Turkiye terus berkembang dan menjadi lebih erat pada tahun-tahun mendatang,” katanya dalam satu pertemuan yang turut di sertai Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal dan wakil PAS, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Beliau baru-baru ini Hamzah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang ekoran desakan parti BERSATU, namun hubungan dan pengaruh beliau sebagai mantan Ketua Pembangkang dengan wakil-wakil negara asing, dilihat terus terjalin kukuh.

Selepas di pecat sebagai Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah kini mengetuai gerakan ‘RESET’ di seluruh negara, beliau memimpin satu gagasan untuk menyatukan blok pembangkang yang kini dilihat terpencar-pencar tanpa kesatuan yang jelas. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share