Isu BERSATU, Keputusan Kini Di Tangan PAS Pusat – Presiden PAS

KUALA LUMPUR | 5 Jun 26 — Dewan Ulama PAS telah membuat keputusan berkaitan isu hubungan parti itu dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN), namun keputusan rasmi masih menunggu tindakan dan pengumuman daripada PAS Pusat.

Presiden PAS berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dan diputuskan oleh Dewan Ulama, sebelum diserahkan kepada kepimpinan pusat untuk menentukan langkah seterusnya.

“Dewan Ulama sudah membuat keputusan. Terpulang kepada pusat bila hendak diumumkan dan tindakan yang patut diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan hubungan PAS dan BERSATU susulan kemelut dalaman PN yang sebelum ini mencetuskan perbincangan mengenai hala tuju gabungan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PAS turut mengulas mengenai usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN), yang menurutnya adalah sebahagian daripada usaha memperkukuhkan penyatuan masyarakat Melayu Islam.

Beliau berkata konsep tersebut bukan hanya melibatkan parti politik Melayu Islam, tetapi turut membuka ruang kepada penyertaan NGO serta kelompok berpengaruh dalam masyarakat.

“Konsep kita ialah menyatukan orang Melayu Islam. Melayu Islam mesti memimpin negara, tetapi dalam masa sama kita wajib mengambil kira masyarakat bukan Islam. Mereka tidak boleh ditinggalkan atau dipinggirkan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang kerjasama politik perlu mengambil kira kekuatan dan pengaruh pihak yang terlibat.

Menurutnya, penyatuan politik memerlukan pertimbangan realistik kerana setiap kawasan mempunyai keadaan politik yang berbeza. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share