MP Petaling Jaya Letak Jawatan Kepimpinan Parti

Foto – FMT

KUALA LUMPUR | 12 Jun 26 – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya daripada kepimpinan parti selepas mendakwa tidak lagi mampu bekerjasama dengan barisan kepimpinan sedia ada.

Menurut Lee, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang mendalam dan bukan secara tergesa-gesa.

“Saya sudah tak mampu lagi berada dalam kepimpinan dan bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan memperjuangkan prinsip yang diyakininya.

Peletakan jawatan itu dilihat sebagai petanda wujudnya perbezaan pandangan yang semakin ketara dalam kalangan pimpinan parti berhubung hala tuju dan kepimpinan semasa.

Lee merupakan antara pemimpin muda yang sering dikaitkan dengan agenda reformasi serta politik berasaskan dasar dan tadbir urus yang baik. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Hamzah Garis 3 Teras Untuk Angkat Konsensus Nasional Baharu

“Ayatnya adalah trust deficit . Maka, saya mencari jalan bagaimana cara kembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Itulah yang akhirnya saya dapat satu kertas yang boleh dibincangkan bahawa Konsensus Nasional Baharu ini boleh dijadikan sesuatu yang dipertanggungjawabkan supaya kita semua dapat hidup aman.
Read More
Total
0
Share