
SEREMBAN | 31 Julai 26 – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengesahkan kerajaan negeri menerima maklumat berhubung kemungkinan berlakunya satu pilihan raya kecil (PRK) di negeri itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, sebarang pengumuman rasmi mengenainya hanya akan dibuat selepas penelitian lanjut dilakukan, termasuk mendapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang.
Menurut Amirudin, keputusan berhubung perkara itu juga bergantung kepada pengumuman yang bakal dibuat oleh Speaker Dewan Negeri Selangor dalam persidangan akan datang.
“Ya, kita ada menerima sedikit maklumat mengenai perkara tersebut.
“Saya sedang menyemak dengan penasihat undang-undang dan kemungkinan Speaker akan memaklumkannya pada hari pertama persidangan Dewan Negeri pada 3 Ogos nanti,” katanya kepada media di Kuala Pilah, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu program di Shah Alam hari ini.
Baru-baru ini, medai melaporkan satu sumber mendakwa satu kekosongan kerusi DUN dijangka berlaku dalam masa terdekat, namun ia masih menunggu pengumuman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Selangor.
Menurutnya, kekosongan tersebut difahamkan berkait dengan status seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa telah diisytiharkan bankrap. @politiko.my