Penamaan Calon: Hadi Awang Bersama Presiden GERAKAN dan BERJASA Iringi Calon PN

MUAR | 27 Jun 26– Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pagi ini mengiringi calon PAS mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.15 Maharani, Mohamad Anuar Hayan, ke Pusat Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Abdul Hadi berkata, kehadiran penyokong PAS dan PN yang membanjiri perarakan ke pusat penamaan calon mencerminkan semangat perjuangan serta iltizam gabungan itu untuk terus membawa agenda Islam, keadilan dan kebajikan kepada rakyat Johor.

Menurut beliau, sokongan yang ditunjukkan memberi keyakinan kepada PN untuk menawarkan kepimpinan yang beramanah serta memperjuangkan kepentingan rakyat di negeri itu.

Turut mengiringi Mohamad Anuar ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed; Presiden GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai; Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim; Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman serta Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Abdul Hadi turut menyeru rakyat Johor supaya memberikan sokongan kepada Mohamad Anuar Hayan pada hari pengundian nanti.

Beliau berkata, calon PAS itu diharap diberikan kekuatan untuk memikul amanah sebagai wakil rakyat yang berintegriti, berkhidmat kepada masyarakat serta memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Undilah PAS dan Perikatan Nasional di DUN N.15 Maharani demi sebuah kepimpinan yang beramanah, adil dan berkebajikan,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share