WAWASAN Mahu Jadi Penghubung Penyatuan Politik Demi Konsensus Nasional

KUALA LUMPUR | 27 Jun 26 — Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan misinya bukan sekadar menjadi sebuah parti politik baharu, sebaliknya berperanan sebagai wadah penyatuan rakyat dan jambatan kerjasama antara parti-parti yang berkongsi aspirasi membina Konsensus Nasional Baharu.

Menerusi sidang media baru-baru ini, beliau berkata fokus utama mereka adalah menggerakkan kerjasama politik yang mampu membawa kestabilan negara selepas landskap politik Malaysia terus berdepan perpecahan dan ketidaktentuan.

Menurutnya, WAWASAN mahu menjadi platform yang menyatukan pelbagai pihak demi mencapai matlamat bersama, iaitu mewujudkan kestabilan politik, memperkukuhkan perpaduan nasional dan membina masa depan negara yang lebih cerah.

“Misi kami kekal jelas: menjadi wadah penyatuan rakyat dan jambatan kerjasama antara parti-parti yang berkongsi aspirasi Konsensus Nasional Baharu, iaitu kestabilan politik, perpaduan nasional, dan masa depan negara yang lebih cerah,” katanya.

Sejak penubuhannya, WAWASAN menampilkan diri sebagai parti yang membawa agenda penyatuan nasional dengan membuka ruang kerjasama kepada semua pihak yang bersedia mendukung pembaharuan politik berasaskan kestabilan, kesederhanaan dan kepentingan negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share