Wan Fayshal Seru Rakyat Hadir Grand Finale PRN Johor Malam Ini

KUALA LUMPUR | 8 Julai 26 – Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengajak rakyat Johor hadir memeriahkan Grand Finale Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang dijadual berlangsung malam ini di Laman Muafakat, Simpang Jeram.

Menurut beliau, program yang bermula jam 9 malam itu merupakan himpunan terakhir PN sebelum rakyat Johor keluar mengundi bagi menentukan hala tuju pentadbiran negeri.

“Ayuh bersama kita hadir memeriahkan Grand Finale PRN Johor 2026 sebagai tanda sokongan kepada perjuangan demi masa depan Johor yang lebih baik,” katanya di laman facebook beliau.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, barisan kepimpinan utama Perikatan Nasional dijangka hadir untuk menyampaikan amanat terakhir kepada penyokong dan pengundi menjelang hari pengundian.

Beliau berkata, program itu menjadi platform untuk mengukuhkan semangat jentera dan penyokong selain menyampaikan mesej bahawa rakyat mahukan perubahan yang membawa harapan kepada Johor.

“Insya-Allah, barisan kepimpinan utama akan bersama-sama menyampaikan amanat terakhir menjelang hari pengundian. Inilah masanya kita bersatu, mengukuhkan semangat dan menunjukkan bahawa rakyat mahukan perubahan yang membawa harapan,” katanya.

Poster hebahan program itu memaparkan kehadiran beberapa pemimpin tertinggi PN termasuk Pengerusi PN, Datuk Seri Ir Samsuri Mokhtar, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, serta Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau, dan Presiden MIPP serta Presiden Pejuang.

Grand Finale PRN Johor 2026 dijangka menjadi kemuncak kempen Perikatan Nasional sebelum tempoh berkempen berakhir menjelang hari pengundian. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Gerakan Berhasrat Sertai PRN Sabah

"Parti berpendirian Sabah merupakan negeri yang penting dalam landskap politik nasional, dan sebarang keputusan akan dibuat secara kolektif demi memastikan kehadiran Gerakan di Sabah mampu membawa nilai tambah serta...
Read More
Total
0
Share