Wawasan Negara Umum 14 Penyelaras Negeri, Mantan Ketua AKPS Sertai Jawatankuasa Pusat

KUALA LUMPUR | 10 Julai 26 – Parti Wawasan Negara hari ini mengumumkan pelantikan 14 penyelaras negeri di seluruh negara sebagai langkah memperkukuhkan jentera parti menjelang pilihan raya akan datang, termasuk melantik bekas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Hazani Ghazali, sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat yang baharu.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat sulung Jawatankuasa Pusat yang dipengerusikan Presiden parti, Hamzah Zainudin, semalam.

Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Saifuddin Abdullah berkata, pengalaman luas Hazani dalam bidang keselamatan dan pentadbiran awam diyakini mampu memperkukuhkan kepimpinan parti serta memberi nilai tambah kepada usaha membina organisasi yang lebih mantap.

Dalam mesyuarat sama, parti turut melantik penyelaras bagi semua negeri sebagai persediaan menghadapi pilihan raya dan memperkemaskan penyelarasan organisasi di peringkat akar umbi.

Antara pelantikan yang diumumkan ialah Azahar Hassan bagi Perlis, Abdul Razak Khamis (Kedah), Mohamed Farid Mohamed Zawawi (Kelantan), Abdul Aziz Ismail (Terengganu), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Pulau Pinang), Zainol Fadzi Paharudin (Perak), Asmawi Harun (Pahang), Suhaimi Mohd Ghazali (Selangor), Ad Afnan Shahruddin (Wilayah Persekutuan), Badrul Hisham Shaharin (Negeri Sembilan), Rahim Tamby Chik (Melaka), Zulkifli Bujang (Johor), Duke Anak Janteng (Sarawak) dan Arifin Tobias (Sabah).

Menurut Saifuddin, pelantikan itu mencerminkan kesungguhan Wawasan Negara membina jentera yang tersusun, dinamik dan bersedia sepenuhnya menghadapi pilihan raya, di samping memperkukuhkan penyelarasan bersama Perikatan Nasional.

Dalam kenyataan yang sama, Wawasan Negara secara rasmi mengesahkan penyertaannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sekali gus memulakan gerak kerja pilihan raya selepas mesyuarat sulung Jawatankuasa Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Hamzah Zainudin, semalam. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share