Dua Pemimpin DAP Pertikai Pendedahan Albert

KUALA LUMPUR, 26 NOV 25 — Dua pemimpin DAP tampil menyangkal pendedahan kontroversi melibatkan ahli perniagaan Albert Tei terhadap dakwaan ke atas Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Memetik laporan malaysiakini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menegaskan bahawa peletakan jawatan Shamsul sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri adalah berkait isu surat sokongan kepada kontraktor projek Kementerian Kesihatan, dan bukan kerana sebarang penerimaan wang.

Menurut Nga, tindakan itu diambil bagi menjaga integriti kerajaan dan mengelakkan polemik berpanjangan, sementara dakwaan rasuah terhadap Shamsul belum dibuktikan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, menolak sebuah video yang dikaitkan dengan pendedahan Albert Tei, yang mendakwa wujud perancangan rasuah dan penyelewengan.

Lim menyifatkan klip tersebut sebagai video disunting yang tidak boleh dijadikan asas tuduhan, selain menegaskan bahawa sebarang dakwaan berat perlu diserahkan kepada SPRM dengan bukti lengkap seperti dokumen rasmi, transaksi atau saksi.

Kedua-dua pemimpin itu menegaskan bahawa apa-apa tuduhan, sama ada terhadap Shamsul atau mana-mana individu, mesti melalui proses siasatan profesional, bukan melalui pendedahan separa atau klip media sosial yang kabur.

Tei, sebelum ini menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pembatalan lesen penerokaan mineralnya, semalam mendakwa memberikan RM629,000 kepada Shamsul selepas diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Selepas itu Shamsul meletakkan jawatan dan mendakwa terdapat percubaan menyerangnya untuk merosakkan imej kerajaan. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share