Ketua Bahagian Bukit Bintang Bersama 150 Ahli Tinggalkan BERSATU

KUALA LUMPUR | 10 Julai 26 – Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus memuncak apabila Ketua Bahagian Bukit Bintang bersama keseluruhan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada parti, berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Bahagian Bukit Bintang Rosman Bin Mohd Nordin berkata, kepimpinan bahagian itu memaklumkan keputusan tersebut dibuat secara sukarela selepas melalui pertimbangan yang sewajarnya.

Gelombang itu turut melibatkan sayap wanita apabila Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Bukit Bintang meletakkan jawatan dan menamatkan keahliannya dalam parti.

Naib Ketua Srikandi bersama barisan Ahli Jawatankuasa Srikandi Bahagian turut mengambil keputusan sama dengan melepaskan jawatan masing-masing serta keluar daripada BERSATU.

Selain kepimpinan bahagian, seramai 150 ahli BERSATU Bahagian Bukit Bintang turut mengumumkan penamatan keahlian mereka berkuat kuasa 10 Julai.

Perkembangan ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan mengenai krisis keyakinan pemimpin dan ahli akar umbi terhadap kepimpinan BERSATU pusat yang semakin parah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share