PM Tak Hadir, Bahas RCI Tabung Haji Macam Buat Sidang Media – Ketua Whip PN

KUALA LUMPUR | 11 Ogos 26 – Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Dewan Rakyat bagi mengikuti perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, Anwar sepatutnya berada dalam Dewan bagi mendengar perbahasan, memberi respons dan menggulung perbahasan berhubung RCI berkenaan.

Takiyuddin berkata, pihaknya difahamkan Menteri Agama diarahkan untuk membentangkan laporan berkenaan, manakala penggulungan pula akan dilakukan Menteri Kewangan II.

“Jadi Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri tidak bertanggungjawab dalam RCI Tabung Haji ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pembangkang memohon supaya persidangan ditangguhkan bagi membolehkan Perdana Menteri hadir dan mengikuti perbahasan tersebut.

“Jadi untuk menunjukkan Yang Berhormat Perdana Menteri seorang yang bertanggungjawab, kami mohon dengan rendah diri supaya persidangan ini ditangguhkan.

“Biarkan Perdana Menteri datang. Beliau tentu mengikuti daripada hospital ataupun daripada rumah. Kalau dia datang, kita bahas. Kalau dia datang, kita bahas,” katanya.

Takiyuddin berkata, jika Perdana Menteri tidak hadir, perbahasan RCI berkenaan tidak akan memberikan makna yang sewajarnya.

“Tapi kalau dia tak datang, ianya as good as we make a press conference. Tak ada orang.

“Kalau kita bahas tanpa Perdana Menteri, macam kita buat press conference,” katanya.

Menurutnya, pembangkang mengemukakan permohonan penangguhan atas alasan Perdana Menteri merupakan pihak yang mempunyai kepentingan langsung terhadap isu tersebut.

Beliau turut menggunakan analogi prosiding mahkamah bagi menjelaskan pendirian pembangkang.

“Atas dasar itu kami pihak pembangkang memohon persidangan ini ditangguhkan atas alasan kalau di mahkamah orang yang membuat permohonan, the applicant tak hadir ke mahkamah, mahkamah boleh buang kes, ya, struck out the case,” katanya.

Takiyuddin berkata, perkara itu lebih wajar diberi perhatian kerana Perdana Menteri sendiri sebelum ini dikaitkan dengan permintaan supaya RCI berkenaan diwujudkan.

Sidang Parlimen Khas ini diadakan untuk membahaskan Laporan Suruhan Jaya Diraja Tabung haji. Ia dicetuskan oleh Perdana Menteri pada PRN Negeri Sembilan lalu. Namun, beberapa sebelum sidang kahs ini, media melaporkan Perdana Menteri perlu menjalani prosedur kesihatan yang memerlukan rehat untuk beberapa hari. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share